Friday 25 December 2015

Ijazah sarjana muda.

Asalamuailaikum..
setelah sekian lama tak ber blog akhirnya aku kembali, gitu. dulu memanjang update sekarang dah pencen. tiba-tiba aku rasa rajin pulak nak post. entah le mimpi apa di saat study week ni. ok sekarang aku dah sambung belajar. Alhamdulilah dapat sambung ijazah dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) my never ever not dreaming university. ha ha ha. yelah aku pun tak pernah terfikir masuk sini, entah kenapa. actually, aku rasa aku tak ada pun universiti idaman hiksss. tapi adalah jugak teringin nak further dekat UPM ka UM ka. Teringin sajalah dan sukacitanya dah apply tapi gagal T___T. ha ha ha.  Okay cukup kat situ. Nak cerita pasal apply universiti aku ltk UPSI pilihan pertama dan mendapat lah aku. Mulanya cam tak berharap pun nk dapat sebab tah la macam aku kata tak pernah terfikir dapat UPSI ni hahhaha. Pastu org ckp biasanya upu ni tak tgok sgt pilihan pertama. dia tengok pilihan bawah bawah. Minat aku sebenarnya ke arah finance macam banking ka bisnes ka. Emm, tak sedaq diri tak brapa pandai math hahah but who cares kan minat aku terhadap ekonomi begitu dalam walaupun terdapat kebencian di dalamnya iaitu math.

Beberapa bulan lepas isi upu, result untuk kos pendidikan jawab medsi pun keluar...... And aku dapat hahaha. Alhamdulilah, dia punya perasaan campuq tak percaya pun ada semua pun ada seronok dia takyah cerita lah. Ramai classmates aku yang dapat medsi upsi, tapi kos berlainan. Aku dapat kos Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga ha hambik kau. aku tak ingat kos pend ap lagi yang aku ambik atau yang ni saja aku apply. tp ni jelah yang dapat and masa apply aku tak fikir apa pun pasal kos ni membuta tuli ja pilih, sebab ingat macam mengajar dak kh sekolah senang gila T__T padahal.... hm, aku kena jawab tests medsi dekat UUM. Mulalah kekalutan google contoh soalan medsi hahha and memang membantu. Antara soalan test tu jeng jeng jeng, pernahkah anda menyintai seseorang? HaHaHa. Hello bukan seorang ramai dah ok haha and banyak soalan berkaitan kos yang aku apply juga. Soalan yang lebih kepada emosi kita, minat dan lain-lain. dan mestilah pandai putaq nak jawab medsi ni hahah. Lebih kurang ada 300 soalan. Masa test medsi nak diceritakan aku tersilap masuk time. Aku Punya sesi sebenarnya pukul 11. aku taktau pun test ada banyak sesi so aku masuk buat dan. dan ternyata silap T__T haaaa, terlalu excited ke kak hahaha, but then staff bagi ja aku jawab test tu awai ahahah.

Ok then, tiba masanya result medsi keluar.... kata keluar pukul 5 petang tunggu punya tunggu tak keluar. menyiksa batinku sungguh and dalam pukul 10 baru result keluar and yeay alhamdulilah aku berjaya untuk ke peringkat seterusnyaaaaa interview...... Perasaan ni berganda ok dari dapat medsi tadi. Haaa bayang la sendiri. Then buat preparation untuk iv pulak. Disamping perasaan seronok tu nebes dia poun takyah cerita, ke semua orang aku mintak tips hahahha. Sampai la hari yang ditnggu, iv diadakan dekat UPSI sebelum iv mmg perut ketaq sampai takleh makan ok hahah dia punya teruk memang buat teruk. sampai turn aku iv, aku di-iv oleh pensyarah lelaki dua org. diorang oklah. Antara soalan depa, adakah aku bersedia dengan kos open market ni? Kenapa berminat dengan kos ni? Lepaaas iv, legaaaaaaaaaa oi. Baru boleh makan dengan selesanya...

And aku berjaya masuk ke UPSI sebagai mahasiswi bakap pendidik inshaAllah....... Alhamdulilah!

p/s : Bersambung.......